Vaksin: Cegah Sebelum Kalah

Bismillahirrahmanirrahim,

Pada 25 Februari 2021 yang lalu telah berlangsung satu Forum Perdana Ehwal Islam dengan tajuk “Vaksin: Cegah Sebelum Kalah”. Di sini, saya kongsikan nota saya tentang program tersebut berserta ‘timestamp’ supaya pembaca dapat meneliti sendiri jawapan yang diberikan oleh panelis.

Senarai soalan (berserta ‘timestamp’)

Klik pada soalan untuk pergi terus ke nota yang berkenaan.

Apa pendirian Islam kepada wabak penyakit berjangkit? Apa kaedah pemimpin Islam (yang lalu) untuk menangani wabak penyakit ini?

Menurut SS Datuk Dr Luqman Haji Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan), memang pernah berlaku wabak penyakit berjangkit pada zaman pemerintahan Islam. Tatkala cuba menangani wabak taun yang melanda pada waktu itu, Saidina Umar (ra) telah diingatkan oleh para sahabat tentang hadis Rasulullah SAW melarang kita memasuki tempat yang ada penyakit taun. Sekiranya sudah berada di situ, dilarang pula untuk meninggalkan tempat tersebut.

Situasi ini sama seperti perintah kuarantin yang dilaksanakan pada masa ini.

Islam sangat menjaga kesihatan umatnya jadi kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengatakan bahawa ini semua ketentuan daripada Allah SWT. Sebaliknya, kita disarankan untuk bersikap proaktif dalam menangani masalah tersebut.

(kembali ke senarai soalan)

Kalau tiada penyakit, jangan cari penyakit. Mengapa tidak amalkan sahaja makanan sunnah seperti habbatus sauda?

Saya amat terkesan mendengar jawapan yang telah diberikan oleh SS Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti Negeri Perlis) kepada soalan di atas. Menurut beliau, terdapat sedikit kekeliruan mengenai habbatus sauda (Nigella sativa) di kalangan masyarakat. Perkataan syifa’ yang dikaitkan dengan habbatus sauda ini sepatutnya difahami sebagai ‘boleh menjadi ubat‘, tetapi sering disalahertikan menjadi ‘satu-satunya ubat‘ untuk segala macam penyakit.

Rasulullah SAW sendiri ketika sakit sebelum baginda wafat, masih lagi menerima rawatan daripada ahli perubatan dan tidak hanya menggunakan habbatus sauda. Secara tidak langsung, ini menunjukkan kepada kita kepentingan merujuk kembali kepada pihak yang pakar dalam sesuatu perkara.

Dalam bidang perubatan moden, para doktor tidak boleh menggunakan ubat atau kaedah rawatan yang sama untuk setiap penyakit. Bayangkan sekiranya doktor di klinik hanya memberikan ‘Panadol’ untuk demam, batuk, sawan, ‘menopause’, dan kemurungan? Bagaimana jika pakar bedah hanya menjalankan ‘laparotomy’ untuk setiap masalah yang dirujuk kepada beliau?

“Jeng krenggg dibuatnya!” (bak kata omputih)

(kembali ke senarai soalan)

Apa itu vaksin dan bagaimana vaksin ini bertindakbalas untuk mengekang penyakit?

Soalan ini telah dijawab oleh Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim (Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal)). Bagi saya, ini soalan yang agak mencabar kerana bukan mudah untuk memberi pemahaman kepada masyarakat dalam tempoh 2-3 minit yang diberikan.

‘To his credit’, beliau telah menunjukkan model 3D virus SARS-CoV-2 ini, dan menegaskan bahawa kita bukannya menyuntik virus tersebut ke dalam badan. Sebaliknya vaksin ini menggunakan jujukan genetik (genetic sequence) yang tertentu untuk merangsang penghasilan antibodi dalam tubuh badan. Antibodi ini kemudiannya akan bertindak untuk mengesan dan melawan virus SARS-CoV-2 yang masuk ke dalam badan.

(kembali ke senarai soalan)

Adakah kehidupan akan kembali normal setelah mendapat vaksin?

Soalan yang sangat baik daripada para ‘netizen’. Sepertimana yang dijelaskan oleh Dr Suhazeli Abdullah (Pakar Perubatan Keluarga), konsep merawat ini ada dua yakni mencegah dan juga merawat. Kedua-dua langkah ini memerlukan tanggungjawab daripada semua pihak sama ada kerajaan mahu pun individu yang terlibat.

Ya, program vaksinasi adalah antara langkah paling penting yang diambil oleh kerajaan untuk menangani pandemik ini. Tetapi vaksin bukanlah ‘magic bullet’ yang membolehkan kita berbuat sesuka hati selepas menerima suntikan. Kita perlu mencapai tahap ‘herd immunity’ supaya individu berisiko yang tidak boleh menerima vaksin (contohnya kerana benar-benar ada alahan kepada vaksin) masih lagi mendapat perlindungan kerana orang lain telah pun divaksinasi.

Janganlah kita menjadi seperti individu di bawah yang merasakan tidak perlu membawa payung kerana tidak akan kena hujan, walhal beliau sebenarnya mendapat perlindungan kerana sikap berhati-hati orang lain di sekelilingnya.

(kembali ke senarai soalan)

Apa pertimbangan para mufti dan para saintis dalam mengeluarkan ijtihad bahawa hukum mengambil vaksin adalah harus (umumnya) dan menjadi wajib untuk orang yang ditetapkan kerajaan?

Tindakan pemerintah kepada rakyatnya mestilah berasaskan kepada kepentingan umum. Ini adalah prinsip yang sangat penting dalam Islam, seperti yang dijelaskan oleh Datuk Wan Zahidi Wan Teh (Pengerusi Muzakarah MKI).

Konsep yang dipegang adalah seperti berikut:

Semua perkara adalah harus sehingga wujud dalil mengatakan haram. Jadi kita tidak boleh mengambil mudah soal menghalalkan apa yang haram, dan juga mengharamkan apa yang halal. Sekiranya perkara yang disarankan oleh pemerintah itu adalah perkara ma’ruf (yakni membawa kebaikan), maka dari segi hukumnya kita wajib taat kepada perintah berkenaan.

Beliau juga mengambil contoh daripada penulisan Imam Qurtubi tetapi saya tidak begitu arif dalam bidang ini, jadi saya pohon agar pembaca melihat sendiri jawapan yang diberikan dalam video YouTube di atas.

(kembali ke senarai soalan)

Adakah vaksin COVID-19 ini betul-betul halal?

Status halal vaksin ini telah diberi huraian lanjut oleh Prof Madya Dato’ Dr Haji Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim (Pensayarah Kanan UKM). Pertama sekali beliau mengingatkan bahawa soal halal atau haram adalah hak milik Allah SWT. Allah SWT telah berfirman bahawa sekiranya sesuatu perkara itu tidak disebutkan dalam Quran atau Sunnah maka kita perlu merujuk kepada orang yang ahli dalam bidang tersebut (yakni pakar).

Asalnya sesuatu makanan itu adalah harus (termasuklah vaksin). Soal halal atau haram ini bergantung kepada pembuktian bahawa sesuatu itu adalah najis, dengan cara menjawab 3 soalan berikut:

  1. Adakah ia mempunyai sumber daripada haiwan yang tidak disembelih?
  2. Adakah ia mengandungi khinzir?
  3. Adakah ia menggunakan bahan-bahan yang boleh mendatangkan mudarat?

Pada pendapat peribadi saya, jawapan kepada soalan pertama dan kedua adalah jelas: tidak ada. Untuk soalan ketiga pula, kita perlu jelaskan dengan lebih lanjut. Hakikatnya, tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang 100% selamat, walhal air kosong sekalipun, sekiranya diminum dengan kuantiti yang terlalu banyak, boleh menyebabkan kematian. Jadi persoalan yang lebih tepat di sini adalah adakah bahan tersebut lebih banyak memberi manfaat atau mudarat. Untuk vaksin-vaksin yang telah mendapat kelulusan kerajaan, setakat ini jelas bahawa kesemuanya memberi manfaat yang besar jika dibandingkan dengan kemudaratan yang sedikit.

(kembali ke senarai soalan)

Apa hujah balas kepada teori konspirasi?

Saya rasa, kalau saya cuba untuk menyenaraikan semua teori konspirasi yang ada tentang wabak penyakit COVID-19 ini, mungkin patah ‘keyboard’ saya dibuatnya!

“Ini agenda Yahudi!” kata orang Islam.

“Ini agenda Islam” kat orang Yahudi.

“Ini semua perancangan Bill Gates!” kata netizen.

Kasihan, sehinggakan Bill Gates yang tidak bersalah pun dijadikan bahan tohmahan. Bill Gates baru sahaja selesai menulis sebuah buku yang amat baik berjudul ‘How to Avoid a Climate Disaster‘, jadi saya rasa tidak mungkin lah beliau sempat menyiapkan ‘microchip’ untuk disuntik ke dalam tubuh badan kita.

Menurut Dr MAZA ketika menjawab soalan di atas, kita perlu berhati-hati apabila menemukan perkara yang menjadi realiti (contohnya terdapat wabak penyakit di dunia) dan perkara yang menjadi andaian kita semata-mata (wabak ini didalangi China/Yahudi/Bill Gates/Dajjal dan sebagainya).

Sekiranya kita memberi pendapat tanpa sebarang asas, contohnya memberi gambaran yang salah tentang vaksin, dan pendapat itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, contohnya menyebabkan banyak kematian kerana masyarakat tidak mahu divaksinasi, maka kita akan dipertanggungjawabkan atas pendapat tersebut.

(kembali ke senarai soalan)

Jual produk ganti vaksin antara objektif kumpulan anti-vaksin. Apa pendapat tentang golongan antivaksin ini?

Soalan panas ini telah dijawab dengan baik oleh Haji Firdaus Wong Abdullah (Pendakwah). Beliau mengingatkan kita tentang sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah tentang suatu masa nanti yang penuh dengan tipu daya, di mana kata-kata pendusta dibenarkan, sebaliknya didustakan pula orang-orang yang berkata benar (baca hingga akhir hadis).

Jika dilihat komen-komen yang dilontarkan di alam maya antara penyokong vaksin dan golongan anti-vaksin, memang seperti Perang Dunia ke-3. Tetapi bagi saya, isu golongan antivaksin ini sebenarnya satu ‘distraction’. Kita memberikan terlalu banyak perhatian kepada golongan ini kerana mereka banyak membuat komen di laman media sosial.

Tetapi saya berpendapat yang majoriti rakyat bukannya terlalu pro- atau pun anti-vaksin. Mereka adalah orang biasa yang benar-benar ingin tahu, adakah vaksin ini selamat untuk diri sendiri dan keluarga, adakah vaksin ini benar-benar perlu, adakah penyakit COVID-19 ini sesuatu yang amat serius?

Soalan-soalan seperti ini juga bermain di kepala saya (seorang doktor yang sedang sambung belajar dalam bidang neurosains klinikal). Jadi mengapa tidak boleh orang lain juga bertanya?

Apa yang penting adalah kita santuni orang-orang yang bertanya ini dengan jawapan yang jujur, yang mengambil kira latar belakang mereka dan membolehkan mereka membuat keputusan yang baik untuk diri sendiri dan keluarga, inshaAllah.

(kembali ke senarai soalan)

Adakah pengambilan vaksin ini selamat?

Dr Suhazeli telah menerangkan bahawa keselamatan vaksin ini telah dibuktikan menerusi kajian (bukan cakap kosong semata-mata). Di sini, saya sertakan capaian kepada kedua-dua kajian yang telah disebutkan oleh beliau:

  1. Vaksin Pfizer: Safety and Efficacy of the BNT162b2 mRNA Covid-19 Vaccine (New England Journal of Medicine)
  2. Vaksin Moderna: Efficacy and Safety of the mRNA-1273 SARS-CoV-2 Vaccine (New England Journal of Medicine)

Seringkali saya ditanya tentang kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 ini oleh rakan-rakan. Bagi saya, kesan sampingan seperti sakit di tempat cucukan, lenguh tangan, atau demam beberapa hari selepas suntikan itu adalah perkara biasa. Yang lebih penting adalah kita mahu mengelakkan mudarat yang lebih besar sekiranya kita membiarkan sahaja virus ini merebak tanpa kawalan.

Kita sering terbaca tentang kes individu yang mengambil ubatan moden kemudian mengalami ‘kesan sampingan’, maka kita merumuskan bahawa ubat itulah yang menyebabkan individu tersebut mengalami kesan sedemikian. Tetapi hakikatnya, kes-kes seperti ini boleh terjadi kepada mana-mana individu walaupun yang tidak mendapatkan rawatan. Bell’s palsy, contohnya, boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Persoalan yang penting di sini adalah: adakah anda lebih tinggi kebarangkaliannya untuk mengalami Bell’s palsy setelah dicucuk dengan vaksin?

Jawapannya: tidak!

(kembali ke senarai soalan)

Dengan jumlah sembuh yang sebegitu tinggi, mengapa masih perlu untuk mendapatkan suntikan vaksin?

Satu lagi soalan yang amat baik daripada netizen. Menurut Datuk Dr Hishamshah, walaupun peratusan sembuhnya ramai, tetapi ramai juga yang terkesan dengan COVID-19 hingga menyebabkan kematian.

Tambahan pula, kita masih lagi tidak tahu kesan jangka masa panjang jangkitan COVID-19. Terdapat laporan bahawa ramai pesakit COVID-19 tidak sembuh 100% dan masih lagi mengalami gejala seperti penat yang keterlaluan, lenguh badan dan sebagainya. Para saintis masih lagi mengkaji situasi yang dinamakan ‘long COVID‘ ini, dan saya yakin kita akan mempunyai pemahaman yang lebih baik pada masa hadapan.

Tetapi buat masa ini, adakah kita patut membiarkan sahaja rakyat berhadapan dengan risiko kesan jangka masa panjang sedangkan kita mempunyai ikhtiar untuk mencegah masalah tersebut?

Fikirkan!

(kembali ke senarai soalan)

Bagaimana untuk menyaring maklumat yang sampai kepada kita?

Islam mengajar kita untuk menyelidik dahulu sesuatu perkara dan memastikan kesahihan berita sebelum menyebarkannya. Dato’ Dr Anhar Opir (Timbalan Mufti Negeri Selangor) menasihatkan kita supaya tenang, tidak tergopoh-gapah ketika menerima berita yang masuk bertalu-talu melalui pelbagai saluran (TV, WhatsApp, Facebook dan sebagainya). Jelas beliau, ini adalah sebahagian daripada akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Saya bersetuju 100% dengan komen beliau tentang frasa ‘Mohon pencerahan’ yang seringkali digunakan untuk menyebarkan berita yang kita sendiri tidak pasti kesahihannya.

“Betul ke ada pandemik? Entah-entah ‘plandemic’! Mohon pencerahan…”

“Salam. Mohon pencerahan. Katanya Restoran Mamak Maju ada COVID-19.”

Satu lagi frasa yang saya tidak suka lihat adalah ‘sekadar perkongsian’! Aduhhh, boleh pitam dibuatnya kalau membaca semua berita mengarut yang ada. Mudah sungguh orang zaman sekarang mengelak daripada bertanggungjawab terhadap sebarang berita. Ya lah, sekadar perkongsian…anda percaya buat apa?

(kembali ke senarai soalan)

Apa nasihat kepada ‘influencer’ yang suka mengkaji dan kritikal tetapi tersasar faktanya?

Haji Firdaus menasihatkan kita supaya sentiasa bersikap ‘husnuzon’ terhadap individu sedemikian. Saya setuju dengan pendapat beliau. Seperti yang saya tulis di atas, majoriti rakyat bukannya terlalu pro- atau pun anti-vaksin. Mereka cuma mahukan maklumat lanjut supaya boleh membuat keputusan yang baik dan tepat.

Tetapi para ‘influencer’ juga perlu akui bahawa mereka ada keterbatasan ilmu. Amalkan sikap tawadhu’, katakan sahaja ‘La adri’ (saya tidak tahu) apabila disuruh memberi komen tentang perkara yang bukan dalam bidang kita.

(kembali ke senarai soalan)

Komen penutup daripada Menteri

YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)) telah menutup forum dengan memberikan pendapat yang sangat baik tentang ‘approach’ yang perlu kita ambil buat masa ini.

Orang selalu berkata bahawa sembahyang, ibadah…itu semua menjaga agama, sedangkan langkah-langkah mencegah COVID-19 ini hanya untuk menjaga manusia. Bukankah kita patut lebih mementingkan agama daripada manusia?

Jawab beliau: ya, tetapi yang akan menjaga agama itu adalah manusia. Apa yang saya faham daripada jawapan ini adalah kita perlu berusaha dahulu, kemudian tawakkal kepada Allah SWT.

(kembali ke senarai soalan)

Kesimpulan

Saya rasa kali terakhir saya menulis dalam Bahasa Melayu sepanjang ini adalah ketika menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2001 (selamat maju jaya kepada calon SPM 2020!).

Tetapi saya benar-benar gembira melihat inisiatif dan keterbukaan yang telah ditunjukkan oleh pihak pengajur Forum Perdana Ehwal Islam ini. Amat rugi rasanya jika tidak disebarkan kepada masyarakat tentang perbincangan yang telah dijalankan selama satu jam setengah ini.

Itulah niat saya membuat nota-nota di atas ketika menonton video forum. Sekiranya ada sebarang salah silap, saya mohon maaf, dan mohon juga agar menghubungi saya supaya boleh diperbetulkan. Saya doakan anda semua sihat sentiasa bersama ahli keluarga tersayang.

Wallahu a’lam.

Abu

Abu, Guardian of Oxford Castle.

I took a picture of this cat as it was wandering around near the Mound the other day. A lady was sitting in the sun near where I stood. I asked if the cat was hers, she nodded, and told me his name was Abu (like the character in Aladdin).

The Mound is a small hill located next to Oxford Castle. I quickly looked up Oxford Castle on Wikipedia and discovered that according to the Historia Ecclesie Abbendonensis (Abingdon Chronicle), the Castle was built from 1071-1073 by the Norman baron Robert D’Oyly. My mind is fascinated with the idea that a thousand years ago, some guy chose this very site to build a moated, wooden motte-and-bailey castle. What must it have been like?

From the Oxford Castle & Prison website:

When William the Conqueror invaded England and won the Battle of Hastings in 1066, Oxford Castle was marked by the Normans as the ideal place for a motte-and-bailey castle. Norman baron Robert O’Doyly took it upon himself to build this castle. Over time, our site transformed from a castle into a prison. Today, after one millennia, Oxford Castle & Prison is a visitor attraction with a story to tell.

I’ve been in Oxford since April 2019 but have never actually visited the Castle proper. It is now closed due to the virus-that-shall-not-be-named but once it’s open, I’ll definitely bring my family along to visit this thousand-year historical site.

Family Game Night #1

I am pretty much hopeless at any game with fast-paced action; when it comes to reaction times, mine are only marginally faster than those of an Aplysia californica. That’s why I tend to gravitate towards card games (like Magic: The Gathering) as well as board games.

Recently, I bought a board game called Dungeon! in an effort to convince my kids that tabletop gaming is a worthwhile alternative to Minecraft or Fortnite. I’ve been toying with the idea of having regular family game nights on weekends. This way we get to spend time doing something fun together, instead of the more common situation nowadays where every member of the family is staring at a small screen, lost in their own virtual world.

Battle Report

Party composition:

Dad: Rogue (Halfling)
M1: Fighter (Human)
M2: Fighter (Human)
M3: Wizard (Elf)

Being a puny halfling rogue, I mostly stuck to fighting low level monsters like orcs and dire rats, leaving my 4 year-old son (M3) to take care of tougher monsters like giants and dragons. That in turn gave my daughter and elder son (M1 and M2) the freedom to smash their way through the rest of the dungeon.

We decided not to be too strict about the rules, letting M3 role the dice multiple times in order to defeat the monsters. After all, what matters is that you’re having fun while playing, and I think M3 certainly enjoyed incinerating monsters with his fireballs and lightning bolts.

Winner: M3
Game duration: 45 minutes

Farewell Old Friend

At 8.11 pm Malaysian time on Tuesday the 16th of February 2021, my friend and brother, Mohd Zulfadhli Faiq bin Baharuddin, passed away.

Zulfadhli (nickname: Butcher, ‘nombor dobi‘: B38, Sulaiman House) was my dorm mate in Form 1 in MCKK. He died a month short of his 37th birthday.

I was working on some MRI analysis scripts when I read the news in our batch’s WhatsApp group. Disbelief turned to shock, then grief, as more messages started pouring in. Even now, a few hours later, I am still trying to gather my thoughts. Because of the pandemic, the hospital has to wait until his COVID-19 test results are out before they can release his body. The doctor in me understands and accepts this, but still I rage quietly at this indignity. There’s nothing I can do about it though, so I turn to the next best thing.

I write.

My mind wanders back in time to 1997, to our first few weeks at the Prep School. I don’t remember how he got the nickname Butcher, nor do I recall why. Perhaps it was because of his size? Butcher’s always been on the large side, even though in recent years he had slimmed down considerably. All of us thought he had gone on a diet or something; God knows how wrong we were.

Despite his size, or perhaps because of it, Butcher tended to keep things to himself. He was mild-mannered; I struggle to recall any instance of him getting angry at someone else.

What I do recall was his undeniable sporting prowess. Butcher was a natural athlete, excelling in multiple sports to the extent that he was awarded Best Sportsman during our Form 1-Form 2 Carnival in 1997. As a rugby player, he was almost ‘untackleable’. He played ‘sepak takraw‘ very well, on top of football, table tennis, and volleyball. Without him, Sulaiman House would’ve languished in 4th place forever; with Butcher around, at least we had a small chance of getting 3rd place on Sports Day!

He was ever willing to lend a helping hand, offering his services as a masseur at the Prep School to friends who had injured themselves while playing sports. Knowing him, the fact that he could skip evening prep (or ‘prep malam‘ as we called it back then) was a bonus. The only thing you had to make sure was not to block his access to the cool air from the ceiling fan. Indeed, one of my batch’s popular sayings is “Butcher dan aircond/kipas berpisah tiada” i.e. you can’t separate Butcher from his place under the aircond/fan.

If you’ve ever been to a boarding school in Malaysia, you will know that every now and then, schools go through a period of mass hysteria, when students claim to experience all sorts of supernatural phenomena (see, for example, this BBC article). How is this relevant here? Well, it was during one such episode when some random person (I don’t remember who) claimed to have seen Butcher fly, or to be more precise, float a few inches off the ground. How’s that for a party trick? I even wrote about the incident years ago for our batch website (which I think still exists somewhere on the Internet).

I’m preparing this blog post just a few hours after attending a virtual ‘tahlil‘ session on Zoom with my batchmates. Many of us are in tears, myself included.

He is the first of us to go. Reminder to self: eventually, all of us will follow.

I can’t help but ask myself: how come I didn’t know about this earlier? Judging from what a few other people said during the ‘tahlil‘, I got the impression that most of us were caught by surprise. Did we fail our brother, thinking that he had lost weight because he was getting fitter, when in reality his health was slowly failing? Wallahu a’lam…Allah SWT knows best.

But then I look back at how Butcher had always conducted himself, and I wonder if this was what he had always wanted. Reserved to the point of being shy, maybe this was the way he wanted to be remembered. Not as a sick person, but as a natural athlete, a good friend, and an extremely likeable person.

Fighting back tears, I scroll back to the picture at the top of this post; there he was, wearing the traditional black ‘baju Melayu‘ reserved for MCKK cheerleaders during important sporting events, leading all of us, his friends and brothers, in a rousing rendition of the victory anthem ‘Gemilang’.

Such a perfect photo of our dear friend, if ever there was any!

“Ya Allah, ampunilah dosa sahabat kami Mohd Zulfadhli Faiq bin Baharuddin. Terimalah segala amalannya, berilah rahmatMu kepadanya, dan tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang soleh.”


Damailah dirimu di sana wahai sahabat…

Innalillahi wa inna ilaihiraaji’uun.

MOHD ZULFADHLI FAIQ BIN BAHARUDDIN
1984-2021