Categories
Photos

The Idea of the Brain

Location: Kinokuniya, KLCC

This book was mentioned on a podcast I was listening to recently. I originally planned to buy it once I’m back in Oxford (sometime in September inshaAllah), but failed to overcome my craving and ended up purchasing it last weekend.

Categories
Articles

Thank You

Thank you Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noor Hisham Abdullah for showing us how one can make a meaningful difference while remaining humble.

We need more people like you, who refrain from political drama, and focus instead on the business of leading and inspiring the people around you.

There’s no doubt in my mind that you are a worthy role model for the next generation of leaders. So once again, tahniah dan terima kasih!

Categories
Photos

Big School

Location: Kuala Kangsar

The Big School building is 111 years old this year. For some reason this reminds me of Bilbo Baggins, who slipped on the One Ring and vanished from sight during his “eleventy first”, or 111st, birthday party.

Categories
Articles

The Language Of Mathematics

In my previous post, I touched on the importance of mathematics and statistics in science. Naturally, I’m not the first person to have said this; others have put it in a much more elegant manner.

Take for example, Galileo, who said that the book of the Universe:

Cannot be understood unless one first learns to comprehend the language and to understand the alphabet in which it is composed. It is written in the language of mathematics, and its characters are triangles, circles and other geometric figures, without which it is humanly impossible to understand a single word of it; without these, one wonders about in a dark labyrinth.

Galileo Galilei (1564 – 1642)

I found this quote in the book I’m currently reading (re-reading, who am I kidding?) which is ‘Science: A History‘ by John Gribbin. Incidentally, the bookmark that I’m using is a Magic: The Gathering card called ‘Magical Hacker‘. Printed on the card is this message, which I will let you try to decipher:

1|=y()u(4|\|r3@d7#][5, y0|_|/\r3@IVI0N$+3|2&33|<
Categories
Photos

To The Clouds

To the clouds

I like how the clouds provide a dramatic background to the basketball backboard here.

Categories
Articles

Seni Berfikir Yang Hilang

Saya sebenarnya sudah lama ingin membeli buku ‘Seni Berfikir Yang Hilang (SBYH)‘ karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ini, tetapi hanya dapat berbuat demikian minggu lalu apabila saya pergi ke Kedai Buku Kinokuniya di Suria KLCC.

Seni Berfikir Yang Hilang

Buku ini bukannya berdiri sendiri, sebaliknya merupakan ulasan Ustaz Hasrizal tentang sebuah kitab karangan Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi bertajuk Thaqafah Al-Da’iyah. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penulis kerana tanpa buku-buku seperti SBYH ini, tentu sukar untuk insan seperti saya yang tidak fasih Bahasa Arab untuk memperoleh manfaat daripada kitab-kitab ilmuan tersohor umat Islam seperti Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi.

Baiklah, pertama sekali, apa pengajaran paling penting yang saya dapat daripada buku ini? Tidak lain tidak bukan adalah 3 bekalan yang diperlukan dalam dakwah iaitu:

  1. Bekalan Iman
  2. Bekalan Akhlak
  3. Bekalan Ilmu

Tujuan buku ini ditulis adalah untuk menghuraikan dengan lebih lanjut 6 cabang ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap individu Muslim demi memenuhi bekalan dakwah yang dinyatakan di atas. Berikut adalah 6 bidang ilmu yang disentuh dalam karya tersebut:

  1. Ilmu agama (Al-Thaqafah Al-Diniyyah)
  2. Ilmu sejarah (Al-Thaqafah Al-Tarikhiyyah)
  3. Ilmu sastera & bahasa (Al-Thaqafah Al-Adabiyyah Wa Al-Lughawiyyah)
  4. Ilmu kemanusiaan (Al-Thaqafah Al-Insaniyyah)
  5. Ilmu sains (Al-Thaqafah Al-‘Ilmiyyah)
  6. Ilmu hal ehwal semasa (Al-Thaqafah Al-Waqi’iyyah)

Saya tidak berniat untuk menulis panjang lebar tentang setiap cabang ilmu di atas. Mana mungkin sedangkan saya sendiri bukannya mahir dalam kesemua cabang ilmu yang disenaraikan. Sebaliknya, saya ingin berkongsi beberapa komen tentang buku ini.

Asas Kepada Bekalan Ilmu Adalah Bekalan Agama

Setuju 100%. Malah, pada pendapat saya cabang ilmu itu sepatutnya bukan 6, tetapi 1 + 5. Dalam erti kata lain, ilmu agama itu perlu dijadikan lensa untuk melihat, mengkaji, dan memahami bidang-bidang ilmu yang lain. Tidak keterlaluan jika saya katakan, tanpa adanya asas yang kukuh, manusia akan cenderung untuk mensia-siakan, atau lebih buruk lagi, menyalahgunakan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka. Sebagai contoh, sekiranya seorang doktor itu tidak memiliki iman dan akhlak yang baik hasil daripada didikan agama, mudah saja untuk mendapat keuntungan lebih dengan mempromosikan rawatan yang mahal tetapi tidak berkesan kepada pesakitnya. Begitu juga seorang ahli falsafah yang terlalu mengagungkan keupayaan minda manusia, silap-silap ajaran sesat pula yang dibawanya.

Pendek kata, ilmu agama-lah yang akan memberi makna dan perspektif untuk menilai cabang-cabang ilmu yang lain.

Bagaimana Mengejar Yang 1+5

Satu soalan yang mungkin timbul dalam diri kita adalah “Bagaimana mungkin saya boleh menguasai semua cabang ilmu ini?”

Jujurnya, walaupun saya ini agak ‘nerd‘ dan minat belajar (masih lagi status pelajar pada usia 36 tahun), tetapi saya yakin saya tidak akan mampu menguasai kesemua bidang ilmu yang disenaraikan di atas. Namun saya juga faham, bukan itu tujuannya.

It’s not the destination, but the journey that matters!

Maksudnya, walaupun kita tidak mungkin sampai ke tahap berjaya menguasai kesemua cabang ilmu tersebut, yang penting adalah usaha kita. Masa yang telah Allah SWT beri kepada kita, haruslah kita manfaatkan untuk belajar dan terus belajar. Cuma, kita perlu peka, apa sebenarnya yang sedang kita pelajari?

Saya sendiri sering terperangkap dalam persekitaran kognitif yang selesa. Sebagai pakar perubatan neurologi dan kini pelajar dalam bidang neurosains klinikal, saya lebih gemar membaca artikel-artikel berunsur saintifik. Jika ada masa lapang, saya juga minat membaca buku-buku sejarah dan hal ehwal semasa. Tetapi saya sedar kelemahan saya di mana saya sering mengabaikan bidang ilmu lain yang tidak kurang pentingnya seperti ilmu agama, sastera, bahasa, dan kemanusiaan. Untuk memperbaiki keadaan tersebut, saya mengambil keputusan mengatur strategi baru.

Prinsip yang saya ambil mudah sahaja.

Saya pastikan, dalam bahan bacaan saya, mesti ada yang mengajar saya ilmu agama. Mesti ada juga yang menyentuh hal ehwal semasa. Tidak dilupakan buku sastera, kemanusiaan, dan sebagainya. Jadi boleh dikatakan pada setiap masa, saya akan membaca 4-5 buku yang berlainan (bukan serentak, tentunya, tetapi bergilir-gilir dalam sesi bacaan yang sama).

Seni Berfikir Yang Lebih Baik

Kembali kepada buku SBYH ini, saya dengan rendah hati ingin mengemukakan dua cadangan untuk memperbaiki penulisannya.

  1. Seimbangkan isi kandungannya. Ustaz Hasrizal sendiri menulis:

Menurut hemat saya, pengagihan kandungan kitab tersebut agak kurang seimbang. Walaupun ia membincangkan tentang enam ilmu, ilmu yang pertama sahaja telah mewakili dua per tiga kitab. Manakala lima ilmu yang berikutnya berada dalam satu per tiga yang terakhir.

Mungkin disebabkan ketidakseimbangan dalam karya asal (Thaqafah Al-Da’iyah), buku SBYH ini juga lebih memberi tumpuan kepada ilmu agama dan ilmu sejarah. Cabang ilmu lain seperti hal ehwal semasa seperti di’anak tiri’kan kerana hanya mendapat 3 muka surat sahaja.

Dalam bab ilmu sains, misalnya, jika saya boleh menambah sedikit apa yang ditulis, saya akan tekankan betapa pentingnya memahami sedikit sebanyak ilmu matematik dan statistik untuk hidup dalam dunia moden. Ambil sahaja contoh COVID-19:

Andaikata ujian COVID-19 itu berjaya mengesan 99% kes, dan ditakdirkan anda positif setelah menjalani ujian tersebut, apakah kebarangkalian yang anda benar-benar menghidapi COVID-19?

Jawapannya bukan 99% ya! Klik di sini jika ingin belajar lebih lanjut bagaimana untuk menjawab soalan yang amat penting ini.

  1. Huraikan dengan lebih lanjut bagaimana untuk memupuk semula seni berfikir yang sudah hilang ini. Mungkin lebih sesuai dijadikan judul buku yang baru, tetapi saya lebih cenderung untuk melihat ini sebagai buku ‘Seni Berfikir Yang Hilang 2.0’ di mana Ustaz Hasrizal boleh menjawab soalan yang tentunya akan ditanyakan para pembaca: “Jika ini seni berfikir yang telah hilang, bagaimana boleh saya menjumpainya semula?”

Kesimpulan

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada Ustaz Hasrizal kerana telah berusaha untuk memperkenalkan kitab Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini kepada lebih ramai pembaca. Saya tidak kenal Ustaz Hasrizal secara peribadi, cuma saya telah mengikuti penulisan beliau sejak zaman pelajar perubatan lagi. Penulisannya kali ini menarik dan mudah dihadam, sehingga saya membeli dan habis membaca buku SBYH ini pada hari yang sama. Saya doakan semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan buku ini dirahmati Allah SWT dan dimurahkan rezeki mereka, inshaAllah!

P/S:

Setelah mencapai senaskhah buku SBYH ini di Kinokuniya tempoh hari, saya pergi pula ke rak buku sejarah. Dalam mencari buku yang menarik untuk dibeli, saya perasan ada 2 orang berdiri di rak sebelah, namun hanya seorang yang sedang meneliti buku-buku yang ada, manakala seorang lagi berdiri tegak di tepi.

Saya curi pandang, dan terbukti benar, bukan calang-calang orangnya! DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sendiri yang sedang tekun memikirkan buku apa untuk dibeli hari itu. Hendak disapa, tetapi saya diam sahaja apabila melihat muka pengawal peribadinya. Namun, hati saya amat gembira melihat pemimpin yang cintakan ilmu seperti baginda.